Tuesday, August 6, 2013

Part 3 : Gulai Asam Rong






Aku tunggu Mika kat tempat yang sama kiteorang lepak dari siang sampai ke malam tadi. Mika tiba dengan Aston Martin Db9nya penuh bergaya.
            “Kau okay ker aku ajak kau lepak ni”. kata Mika yang baru tiba.
            “Aku okay jer asalkan kau yang belanja”.
Kau tak bosan ke makan makanan yang sama duduk tempat yang sama and kerja di tempat yang sama. Pemikiran yang sama bergerak dan bekerja tanpa berfikir di luar akal. Kita takkan dapat rasa kepuasan kalau still tak ubah corak pendirian yang dibentuk Negara atas diri rakyatnya. Kebebasan hak individu dan tidak terbatas dari segi mental. Jom nak aku belanja kau makan gulai asam rong ikan patin kat Raub. Aku dengar gulai asam rong Raub terbaik dekat Pahang. Pahang bukan jauh pun, 2 jam perjalanan sampai la.
            "Esok aku kerja la Mi, kita pergi next week jelah”.
            “Kalau kau follow aku malam ni, aku offer kau jadi supervisor dekat Processing Department tempat aku kerja”.
            “Kalau kau dah cakap macam tu aku on jer”.
dari situ bermulah titik perjalanan pengembaraan 2 sahabat mencari gulai asam rong ikan patin terbaik di Raub dekat negeri Pahang. Mika tak nak bawa keretanya, katanya ingin hidup bujang dan mencari suasana tenang di malam hari. Sial punya Mika, tak pasal – pasal aku kena bawa dia makan sampai ke Pahang, dah la sekarang tengah malam.

            "Kay, kita cari gulai asam rong ikan patin tu esok jelah, lagipun sekarang dah tengah malam. Dah sah – sah kedai makan tutup”.
            “Ok gak tu, aku pun dah macam nak mampus sekarang ni”.
Selepas 2 jam perjalanan dari KL, kiteorang mencari hotel murah untuk merehatkan badan yang sudah seharian bekerja tanpa henti. Mesin pun boleh jahanam kalau 24 jam on jer.
Jam 12.30 tengahari aku bangun, aku tengok Mika still tak bangun lagi dengan alarm phone yang memekak dari pagi tadi. Mi, bangun la dah tengahari ni, kata nak cari gulai asam rong. Kang tutup pulak kedai yang jual gulai tu.
            “lagi 5 minit aku bangun la, kau pergi mandi dulu”.
            “suka hati kau lah Mika, asalkan tak menyusahkan aku sudah”.
Apa lanc, patutlah jadi hotel bajet. Air panas pun takder. Nasib baik aku tidur hotel ni free jer kalau tak dah lama manager hotel ni kasut size 10 aku ni. Aku dan Mika bersiap untuk mencari gulai asam rong ikan patin yang Mika kata. Setibanya di warung Agus Mika terus duduk dan memesan makanan yang dia nak tu sebab lapar sangat.
Tak sampai 15 minit gulai asam rong terbaik masakan Agus yang aku boleh kata mamat ni patut jadi chef sampai di meja kami. Boleh aku kata gulai ni terbaik, jarang dapat masakan melayu tahap A macam ni. Sirap limau ais jadi pencuci mulut memang terbaik. Sebatang rokok dicucuh menunggu makanan sampai ke perut.

No comments:

Post a Comment