Saturday, August 3, 2013

Part 1 : Volkswagen klasik



Dengan rokok sebatang yang aku simpan, mana tahu satu hari jadi berbatang – batang, berdoa jelah. Hari ini aku mula dengan perfume Hugo Boss yang aku beli kat Uptown Shah Alam, wangi juga aku hari ini. Hari yang baik untuk drive dengan Volkswagen biru yang dah setahun aku beli dari Uncle Tan. Entah mati entah hidup orang tua tu sekarang. Mampus la, yang penting kereta ni hebat and cool giler. Terlihat awek cun sebelah rumah tengah sidai kain.
          “Hai you, buat apa tu, nak abang tolong”.

Awek tu terus masuk rumah, malu dengan wajah aku yang macam Ashraf Sinclair lah tu, start engine dan terus berlalu pergi, time tengah drive teringat pulak dekat Kate, apa minah salleh celop dress up ala Lady Gaga tu buat sekarang. Phone Samsung note yang aku baru beli dekat Wan keluar dari poket kiri seluar corduroy ni. Tangan sebelah di stereng dan sebelah lagi pada poket seluar. Mula mencari nombor si Kate.
          “Jumpa pun number minah ni.”
          “Caller ringtone Runaway by The Beatles ni teringat aku dekat John Lennon”
          “Hello Kate, you free tak hari ni ? i ingat nak ajak you lepak. Kita pergi Sunway Pyramid, i ingat nak tengok movie la.”
          “nanti i sampai rumah you i call you”

Volkswagen yang penuh bergaya dipandu seorang lelaki kacak macam aku atas highway batu 3 ni memang nampak hebat. Depan apartment yang dicat ala bangunan usang yang tunggu masa nak runtuh, Kate keluar dari pintu dress up ala Nickie Minaj dengan phone blackberry z10 yang baru dibelinya.
          “Haii, sorry i lambat, tadi adik hilangkan makeup i.”
          “So, Sunway Pyramid right ? i pun nak beli baju baru”

Aku terasa macam ada something different pada Kate. She’s okay or not today. Dari apartment belakang MSU sampai tempat parking B1 kepala aku terus berfikir apa yang tak kena dengan Kate. Dia terus bercakap dari engine kereta Volkswagen ni start sampai masuk shopping mall. Kate ke tandas membuat hajat sementara aku melihat gelagat warga kota yang penuh kejutan bergerak yang boleh aku anggap sebagai tempat beribadat bagi diorang. Shopping Mall ibarat masjid, tokong or kuil bagi mereka. Orang zaman dulu lebih banyak menghabiskan masa di tempat beribadat tapi sekarang lebih banyak melepak di shopping mall. Kesilapan manusia yang aku anggap titik permulaan kebodohan pada mereka. Selepas setengah jam aku menunggu, Kate tak kelihatan dari pintu toilet yang tertutup rapat. Dari tadi aku hanya melihat gelagat makcik cleaner yang keluar dan masuk. Baik aku call dia. Caller ringtone Runaway by The Beatles sekali lagi dengari.
          “hello Kat, where are you ? i tunggu you depan toilet ni macam tunggul kayu, better you keluar dari toilet tu sekarang
          “Sorry Wan, i dah balik rumah lupa pulak nak beritahu, bye” kata Kate.

          Rasa macam nak pijak muka dia atas jalan tar sampai hancur. Sakit hati aku, hanya tuhan yang tahu. Aku keluar dari tempat parking dan masih memandu kereta yang sama menuju ke Seksyen 15. Setibanya di Seksyens 15, mata aku mula mencari tempat yang sesuai untuk mengisi perut yang masih kosong ni. Otak aku dipenuhi nasi campur style mamak, nampaknya hanya restoran Pelita yang menjadi pilihan. Nasib baik still ada banyak parking depan Pelita ni, macam diorang tahu yang jejaka tampan Malaya nak datang makan malam dekat sini. Ada meja kosong depan awek cun, better aku duduk depan dia before orang lain duduk.

          “Mapley, teh o’ ais 1 nasi putih 2 pinggan and then kuah campur then ayam bahagian peha dan jangan lupa sayur lebih dengan sotong goreng tepung 1 pinggan. Jangan lupa papadom .”
Selera naga aku hari ni, selalu tak macam ni tapi hari ini rasa lapar sangat. Aku still tertanya kenapa Kate balik secara tiba – tiba. Mesti ada something yang aku tak tahu and dia tak nak bagitahu. Tapi aku tak kesah sebab makanan sudah mari .
Kedengaran azan dilaungkan dari masjid Darul Ehsan yang terletak tidak jauh dari restoran Pelita. Tangan ditadah berdoa kepada yang Esa bagi rezeki yang dikurniakan. Sedang makan, ada seorang brader duduk di sebelah meja aku. Dia memandang mapley itu dan order segelas kopi o. Lalu dia memandang ke arah aku, dan senyum.
          “boleh aku duduk?” katanya.
          “duduklah.” Aneh. Ada banyak kerusi kosong tempat aku juga yang nak diduduk. Kau pernah tak
erasan masa kau bawa kereta dan kau mengharapkan ada awek cun nak minta ditumpangkan tapi kau kecewa, instead negro yang tak menarik hati kau langsung? Ya, macam tu perasaan aku sekarang ni. Tapi mamat ni takdelah buruk rupa sangat pun, Cuma aku rasa aneh.
          “Nama aku Joe”. Mamat itu memperkenalkan diri.
         
          Aku hanya menghulurkan tangan aku sambil mengunyah nasi. Pelik, apa yang mamat ni nak sebenarnya, hanya pesan kopi o yang kelihatan seperti cat bewarna hitam. Setelah 1 jam berada di situ, aku beredar dan terus pulang menaiki kereta yang sama. Setelah tiba di rumah, otak yang sarat dengan memori membosankan tidah berhenti berfikir tentang mamat yang duduk di meja aku tadi. Aku capai kunci pintu di celahan pasu bunga berhadapan pintu rumah yang sudah menjadi tempat penyimpan kunci pintu rumah aku selama 3 tahun semenjak aku pindah dari Seksyen 14. Terus masuk ke rumah dan mencapai tuala di belakang pintu bilik untuk mandi. Selepas memekong dan mandi aku mencapai t-shirt Rolling Stones yang dihadiahkan Kate tahun lepas. Air mineral yang tersimpan dalam peti sejuk menjadi santapan terakhir aku pada malam itu.
          “Goodnight my sweetheart”. Berkata sambil melihat poster Mila Kunis yang aku beli di Petaling Street 2 minggu lepas.

No comments:

Post a Comment