Tuesday, August 6, 2013

Part 4 : Perhentian Gambang




           “Mi, lepas ni kita terus gerak balik KL. Aku kena kerja la poket sudah rabak”.
           “Kau rileks la, sekarang kau akan bekerja dekat tempat aku sekarang”.
           “Sekarang aku bos kau, so kau tak payah nak risau semua makan, minum, tempat tidur semua aku support. Kau just bagi je idea mana – mana tempat kau rasa best kau cakap jer dengan aku akan ku tunaikan hajat mu. Hahahahahaha”.
           “Kepala otak kau la. Kalau kau dah cakap macam tu aku on jer”.
           “Apa kata lepas ni Kay kita gerak Kuantan pulak, aku dengar dekat Kuantan boleh tahan”.
           “Habis rokok sebatang ni kita gerak Kuantan”.
Habis rokok sebatang, Mika mengeluarkan not RM50 dan diberi pada adik Agus yang menjadi cashier di kedai makan Agus dan bakinya aku tak tahu berapa.
Kami mula bergerak dari Raub menuju ke Kuantan yang masih berada dalam negeri Pahang. Aku harap sampai Kuantan nanti jumpa la mana – mana kedai makan yang sedap. Kali ni Mika pulak yang drive sebab dia nak rasa bawa kereta old school 1976 aku ni. Kami singgah di perhentian Gambang sebab perut Mika dah buat lagu dangdut aku dengar. Aku tak paham betul la mamat ni, perut naga pun kalah kalau nak lawan dengan kawan aku sorang ni.
            “Akak kasi ikan patin masak tempoyak untuk 2 orang makan”.
            “Mi aku kenyang lagi la, kau sorang je la yang makan”.
            “Siapa kata nak bagi kau, ni aku nak makan sorang. Kalau kau nak juga order lain”.
            “Babi haram mamat ni, kedekut jugak kau ni. Tapi tak apa, aku bukan nak makan sangat pun”.
Dengan Winston Light sekotak yang Mika belikan aku hisap sebatang sebagai battery untuk aku. Kata orang sebatang rokok boleh buat kita hidup semula, memang betul aku yang dah macam nak mampus macam rakyat Somalia yang first time makan pizza plus air coke. Aku tak tahu mamat sorang ni bela hantu apa dalam badan dia – baru 2 jam lepas bedal gulai asam rong sekarang mentedarah ikan patin masak tempoyak pulak.
            “Kau dah siap makan ke belum”?
            “Rileks la Kay, takkan lari gunung dikejar punya, kita banyak masa lagi”.
Setelah setengah jam aku menunggu si Mika ni makan baru la habis. Kami bergerak dari perhentian Gambang pada pukul 3.15 tengahari.

Kami tiba di Kuantan pada setengah jam kemudian. Semasa dalam perjalanan, Mika sempat la belek – belek magazine tentang Kuantan ni, dia terjumpa Flyers Malaysian Scooter race Competition yang diadakan di Indera Mahkota dekat Kuantan jugak. Dia terus ajak gerak ke sana tengok race tu. Aku ni taklah minat sangat dengan lumba – lumba motor ni tapi dia yang ajak aku ikut jelah. Setelah tiba di Kuantan Kami terus gerak ke Indera Mahkota untuk tengok race Scooter. Aku tak sangka pulak yang budak – budak Kuantan ni gila scooter sampaikan dekat tempat parking pun penuh dengan scooter. Aku tengok Mika excited gila macam dia yang jadi jokey yang dah menang competition ni, padahal jadi penonton jer.
             “Diorang race pakai rangka motor, gila cool lah diorang ni”. Kata Mika dengan perasaan teruja.
Aku tengok dari kanak – kanak se usia 4 tahun sampai orang tua pun datang sebab nak tengok race ni. Semuanya ada pandangan tersendiri tentang perlumbaan motor ni dan favourite racer diorang. Di luar negara berlumba di jalaraya dipandang rendah oleh masyarakat kerana tidak adil dan hanya bergantung pada nasib. Pelumba di track dilatih sejak kecil, bakat dan keberanian menjadi taruhan apabila lampu hijau mula menyala. Motor yang digunakan sama dari segi kelajuan tetapi tidak dari segi gaya perlumbaan dan skill – skill yang ada pada racer.
             “Mika, cuba kau tengok semua racer ada sponsor. Nampak sangat yang diorang ni professional”.
Real Scooter, Thelena Crew, Flashing Scoot, R.M.S.C ( Real Machine Scooter Crew ), 420 Crew dan banyak lagi kelab – kelab motor dari seluruh pelosok tanah air datang merebut hadiah yang dinantikan diorang tiap – tiap 3 tahun sekali. Scooter yang direka khas oleh mekanik berpengalaman menjadi taruhan atas track nanti. Hadiah yang diorang rebutkan adalah duit rm 10,000 dan dapat mewakili Malaysia dalam Asian Scooter Race Competition yang juga diadakan 3 tahun sekali. Pemenang 3 tahun lepas adalah Ash dari Real Scooter dan sekarang dia berada di Amerika mewakili RBC bertanding dengan jaguh – jaguh scooter dari seluruh dunia.
             “Kau tahu tak Kay, bukan senang kita nak tengok Scooter Comp terbesar macam ni”.
             “Apa diorang rasa bila diorang bawa motor tu atas track ha Kay”?
             “Mana la aku tahu, kau pergi tanya diorang sendiri la.”
Lampu hijau menyala dan perlumbaan bermula, si mamat sorang ni excited tapi aku tak la. Setengah jam menunggu dan setelah 9 lap berlalu barulah la si pemegang flag mengangkat bendera menandakan pusingan terakhir dan pemenang ditentukan. Jokey Terengganu dari Flashing Scoot tiba dan melepasi line yang menandakan dia adalah pemenang bagi. Setelah half an hour menunggu baru tahu siapa pemenang, pehhh mamat ni memang hebat – starting dia tempat 10 now he’s the winner of the competition.
             “Kay, jom pergi makan aku lapar.”
             “Baru sekarang kau nak rasa lapar, aku dah berjanggut tunggu kau offer pergi makan kau tahu.
Tiba – tiba time Aku dengan Mika nak blah ada sorang minah cun yang duduk sebelah Mika hilang wallet plak. Mika pun dengan muka selambernya tolong si minah ni cari wallet dia.
             “Baik hati kau sampai nak tolong minah ni?”
             “Aku saja nak tolong dia la, kenapa ? salah ker.”
             “Suka hati kau la, aku malas nak layan.”
Aku tak tahu plak yang kawan aku ni baik hati la sangat sampai tolong dia cari wallet si minah ni. 1 jam aku tunggu dalam kereta batang hidung mamat orang ni tak muncul – muncul lagi.
             “Apa lanc, diorang ni cari wallet ker or buat wallet.”
Mika tiba dengan senyuman lebar sampai ke telinga. Aku rasa si mamat ni mesti tackle dia dulu baru datang sini.
             “Sorry bro aku buat kau tunggu.”
Jom kita gerak bandar Kuantan jalan - jalan cari makan, sambil tu boleh la cuci - cuci mata tengok awek Kuantan yang cun - cun.


Part 3 : Gulai Asam Rong






Aku tunggu Mika kat tempat yang sama kiteorang lepak dari siang sampai ke malam tadi. Mika tiba dengan Aston Martin Db9nya penuh bergaya.
            “Kau okay ker aku ajak kau lepak ni”. kata Mika yang baru tiba.
            “Aku okay jer asalkan kau yang belanja”.
Kau tak bosan ke makan makanan yang sama duduk tempat yang sama and kerja di tempat yang sama. Pemikiran yang sama bergerak dan bekerja tanpa berfikir di luar akal. Kita takkan dapat rasa kepuasan kalau still tak ubah corak pendirian yang dibentuk Negara atas diri rakyatnya. Kebebasan hak individu dan tidak terbatas dari segi mental. Jom nak aku belanja kau makan gulai asam rong ikan patin kat Raub. Aku dengar gulai asam rong Raub terbaik dekat Pahang. Pahang bukan jauh pun, 2 jam perjalanan sampai la.
            "Esok aku kerja la Mi, kita pergi next week jelah”.
            “Kalau kau follow aku malam ni, aku offer kau jadi supervisor dekat Processing Department tempat aku kerja”.
            “Kalau kau dah cakap macam tu aku on jer”.
dari situ bermulah titik perjalanan pengembaraan 2 sahabat mencari gulai asam rong ikan patin terbaik di Raub dekat negeri Pahang. Mika tak nak bawa keretanya, katanya ingin hidup bujang dan mencari suasana tenang di malam hari. Sial punya Mika, tak pasal – pasal aku kena bawa dia makan sampai ke Pahang, dah la sekarang tengah malam.

            "Kay, kita cari gulai asam rong ikan patin tu esok jelah, lagipun sekarang dah tengah malam. Dah sah – sah kedai makan tutup”.
            “Ok gak tu, aku pun dah macam nak mampus sekarang ni”.
Selepas 2 jam perjalanan dari KL, kiteorang mencari hotel murah untuk merehatkan badan yang sudah seharian bekerja tanpa henti. Mesin pun boleh jahanam kalau 24 jam on jer.
Jam 12.30 tengahari aku bangun, aku tengok Mika still tak bangun lagi dengan alarm phone yang memekak dari pagi tadi. Mi, bangun la dah tengahari ni, kata nak cari gulai asam rong. Kang tutup pulak kedai yang jual gulai tu.
            “lagi 5 minit aku bangun la, kau pergi mandi dulu”.
            “suka hati kau lah Mika, asalkan tak menyusahkan aku sudah”.
Apa lanc, patutlah jadi hotel bajet. Air panas pun takder. Nasib baik aku tidur hotel ni free jer kalau tak dah lama manager hotel ni kasut size 10 aku ni. Aku dan Mika bersiap untuk mencari gulai asam rong ikan patin yang Mika kata. Setibanya di warung Agus Mika terus duduk dan memesan makanan yang dia nak tu sebab lapar sangat.
Tak sampai 15 minit gulai asam rong terbaik masakan Agus yang aku boleh kata mamat ni patut jadi chef sampai di meja kami. Boleh aku kata gulai ni terbaik, jarang dapat masakan melayu tahap A macam ni. Sirap limau ais jadi pencuci mulut memang terbaik. Sebatang rokok dicucuh menunggu makanan sampai ke perut.

Saturday, August 3, 2013

Part 2 : Member lama


          1 Jan 2013, permulaan hari dan tahun baru untuk aku dan mungkin cabaran yang lebih besar menanti. Tuala yang sangkut belakang pintu menjadi kain basahan aku setiap hari. Bermulanya hari yang penuh kebosanan untuk aku dan mungkin untuk remaja yang seusia dengan aku. Selepas mandi, aku menyelongkar almari yang penuh baju – baju lama yang masih aku simpan. Hanya kemeja – T Polo yang menjadi fashion aku hari ini.
          “Mana kunci kereta, adoiiiiii”.
          “Kalau boleh call kunci kereta kan lebih senang”.
          “Finally, jumpa pun kau”.

           Kereta yang sama akan aku drive sejak tahun lepas tapi still rasa hebat. Keluar dari simpang Apartment Lagoon Perdana yang terletak di Bandar Sunway menuju ke shopping mall terbesar di Subang Jaya iaitu Subang Parade. Tiba di tempat parking dengan penuh bergaya memandu Volkswagen biru. Jangan lupa kunci pintu kereta kalau tak nak kena curi. Tiba di main entrance. Time aku jalan terserempak dengan member lama time belajar kat Smk Subang Jaya dulu.
            “Bro, lama tak jumpa. Kau sihat”.
            “Aku lupa nama kau, maklumlah dah lama tak jumpa”.
Aku happy hari ini sebab jumpa ex – classmates yang aku buli 5 tahun lepas, alang – alang jumpa boleh lepak – lepak dengan mamat ni.
            “Aku Mika la, itulah kau selalu sangat buli aku time sekolah dulu sampai dah lupa nama aku”.
            “Jom lepak Dome, aku belanja kau minum. Lama tak jumpa boleh borak panjang dengan kau”.

             Pertemuan di shopping mall membuat aku terharu setelah 5 tahun tak jumpa. sedar tak sedar dah pukul 8 malam aku lepak minum dengan. Aku tak tahu pulak budak yang aku buli 5 tahun lepas sekarang dah jadi businessman berjaya dekat KL ni. kenangan time sekolah dulu memang susah nak lupa apatah lagi kalau ada member yang 1 sekolah dengan aku. Part yang aku paling ingat sekali masa aku bergaduh dengan bestfriend aku Majid, time tu aku gaduh dengan dia sebab rebutkan Ina tonggek anak Pn. Rita kelas 5 jaya. Aku tak tahu pulak yang Majid ni nak tackle si Ina tu, habis baran la aku satu badan. Masuk kelas aku terus terajang perut dia sampai tergolek kat tangga depan kelas. Tapi kiteorang baik semula sebab Ina tonggek tu dah ada balak lain, frust menonggeng aku dengan Majid bila dengar pasal tu.
             “Kay, aku dah lambat la japlagi aku ada dinner dengan boss aku. Sorry bro, apa – apa hal aku call kau”.
             “Ok Mika nanti kalau ada masa aku call kau ajak lepak”.
jam 8.30 malam aku bergerak balik meredah hujan lebat. Tiba – tiba Mika call masa tengah drive ajak aku keluar. Pelik, tadi kata ada dinner dengan boss sekarang ajak ake lepak lagi. Tak cukup lepak ke tadi ?
                         
Continue..........

Part 1 : Volkswagen klasik



Dengan rokok sebatang yang aku simpan, mana tahu satu hari jadi berbatang – batang, berdoa jelah. Hari ini aku mula dengan perfume Hugo Boss yang aku beli kat Uptown Shah Alam, wangi juga aku hari ini. Hari yang baik untuk drive dengan Volkswagen biru yang dah setahun aku beli dari Uncle Tan. Entah mati entah hidup orang tua tu sekarang. Mampus la, yang penting kereta ni hebat and cool giler. Terlihat awek cun sebelah rumah tengah sidai kain.
          “Hai you, buat apa tu, nak abang tolong”.

Awek tu terus masuk rumah, malu dengan wajah aku yang macam Ashraf Sinclair lah tu, start engine dan terus berlalu pergi, time tengah drive teringat pulak dekat Kate, apa minah salleh celop dress up ala Lady Gaga tu buat sekarang. Phone Samsung note yang aku baru beli dekat Wan keluar dari poket kiri seluar corduroy ni. Tangan sebelah di stereng dan sebelah lagi pada poket seluar. Mula mencari nombor si Kate.
          “Jumpa pun number minah ni.”
          “Caller ringtone Runaway by The Beatles ni teringat aku dekat John Lennon”
          “Hello Kate, you free tak hari ni ? i ingat nak ajak you lepak. Kita pergi Sunway Pyramid, i ingat nak tengok movie la.”
          “nanti i sampai rumah you i call you”

Volkswagen yang penuh bergaya dipandu seorang lelaki kacak macam aku atas highway batu 3 ni memang nampak hebat. Depan apartment yang dicat ala bangunan usang yang tunggu masa nak runtuh, Kate keluar dari pintu dress up ala Nickie Minaj dengan phone blackberry z10 yang baru dibelinya.
          “Haii, sorry i lambat, tadi adik hilangkan makeup i.”
          “So, Sunway Pyramid right ? i pun nak beli baju baru”

Aku terasa macam ada something different pada Kate. She’s okay or not today. Dari apartment belakang MSU sampai tempat parking B1 kepala aku terus berfikir apa yang tak kena dengan Kate. Dia terus bercakap dari engine kereta Volkswagen ni start sampai masuk shopping mall. Kate ke tandas membuat hajat sementara aku melihat gelagat warga kota yang penuh kejutan bergerak yang boleh aku anggap sebagai tempat beribadat bagi diorang. Shopping Mall ibarat masjid, tokong or kuil bagi mereka. Orang zaman dulu lebih banyak menghabiskan masa di tempat beribadat tapi sekarang lebih banyak melepak di shopping mall. Kesilapan manusia yang aku anggap titik permulaan kebodohan pada mereka. Selepas setengah jam aku menunggu, Kate tak kelihatan dari pintu toilet yang tertutup rapat. Dari tadi aku hanya melihat gelagat makcik cleaner yang keluar dan masuk. Baik aku call dia. Caller ringtone Runaway by The Beatles sekali lagi dengari.
          “hello Kat, where are you ? i tunggu you depan toilet ni macam tunggul kayu, better you keluar dari toilet tu sekarang
          “Sorry Wan, i dah balik rumah lupa pulak nak beritahu, bye” kata Kate.

          Rasa macam nak pijak muka dia atas jalan tar sampai hancur. Sakit hati aku, hanya tuhan yang tahu. Aku keluar dari tempat parking dan masih memandu kereta yang sama menuju ke Seksyen 15. Setibanya di Seksyens 15, mata aku mula mencari tempat yang sesuai untuk mengisi perut yang masih kosong ni. Otak aku dipenuhi nasi campur style mamak, nampaknya hanya restoran Pelita yang menjadi pilihan. Nasib baik still ada banyak parking depan Pelita ni, macam diorang tahu yang jejaka tampan Malaya nak datang makan malam dekat sini. Ada meja kosong depan awek cun, better aku duduk depan dia before orang lain duduk.

          “Mapley, teh o’ ais 1 nasi putih 2 pinggan and then kuah campur then ayam bahagian peha dan jangan lupa sayur lebih dengan sotong goreng tepung 1 pinggan. Jangan lupa papadom .”
Selera naga aku hari ni, selalu tak macam ni tapi hari ini rasa lapar sangat. Aku still tertanya kenapa Kate balik secara tiba – tiba. Mesti ada something yang aku tak tahu and dia tak nak bagitahu. Tapi aku tak kesah sebab makanan sudah mari .
Kedengaran azan dilaungkan dari masjid Darul Ehsan yang terletak tidak jauh dari restoran Pelita. Tangan ditadah berdoa kepada yang Esa bagi rezeki yang dikurniakan. Sedang makan, ada seorang brader duduk di sebelah meja aku. Dia memandang mapley itu dan order segelas kopi o. Lalu dia memandang ke arah aku, dan senyum.
          “boleh aku duduk?” katanya.
          “duduklah.” Aneh. Ada banyak kerusi kosong tempat aku juga yang nak diduduk. Kau pernah tak
erasan masa kau bawa kereta dan kau mengharapkan ada awek cun nak minta ditumpangkan tapi kau kecewa, instead negro yang tak menarik hati kau langsung? Ya, macam tu perasaan aku sekarang ni. Tapi mamat ni takdelah buruk rupa sangat pun, Cuma aku rasa aneh.
          “Nama aku Joe”. Mamat itu memperkenalkan diri.
         
          Aku hanya menghulurkan tangan aku sambil mengunyah nasi. Pelik, apa yang mamat ni nak sebenarnya, hanya pesan kopi o yang kelihatan seperti cat bewarna hitam. Setelah 1 jam berada di situ, aku beredar dan terus pulang menaiki kereta yang sama. Setelah tiba di rumah, otak yang sarat dengan memori membosankan tidah berhenti berfikir tentang mamat yang duduk di meja aku tadi. Aku capai kunci pintu di celahan pasu bunga berhadapan pintu rumah yang sudah menjadi tempat penyimpan kunci pintu rumah aku selama 3 tahun semenjak aku pindah dari Seksyen 14. Terus masuk ke rumah dan mencapai tuala di belakang pintu bilik untuk mandi. Selepas memekong dan mandi aku mencapai t-shirt Rolling Stones yang dihadiahkan Kate tahun lepas. Air mineral yang tersimpan dalam peti sejuk menjadi santapan terakhir aku pada malam itu.
          “Goodnight my sweetheart”. Berkata sambil melihat poster Mila Kunis yang aku beli di Petaling Street 2 minggu lepas.